

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK​
PISMP MATEMATIK AMBILAN JUN 2015
FASILITI IPG KPT
Pada 3 Januari 2013, Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik telah beroperasi secara rasmi di kampus baharu di Bandar Enstek, Kompleks Pendidikan Nilai, Negeri Sembilan. Kampus baharu ini mempunyai beberapa blok, antaranya ialah

BLOK PENTADBIRAN
Blok ini menempatkan pejabat pentadbiran kampus, termasuk pejabat Pengarah dan Timbalan Pengarah serta Ketua-Ketua Jabatan di IPG KPT.

BLOK PENSYARAH
Blok 4 tingkat yang menempatkan pensyarah-pensyarah serta jabatan-jabatan seperti
-
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
-
Unit Praktikum
-
Unit Peperiksaan
-
Unit Kokurikulum

BLOK BENGKEL DAN MAKMAL
Blok yang menempatkan;
-
Makmal-makmal Sains
-
Bengkel Kejuruteraan
-
Makmal Teknologi Maklumat
-
Makmal Bahasa
-
Makmal Lukisan Kejuruteraan
-
Bilik Seni
-
Makmal Matematik

BLOK TUTORIAL
Blok 3 tingkat yang menempatkan bilik-bilik tutorial

DEWAN KULIAH
Menempatkan dewan kuliah dan makmal-makmal simulasi serta bilik Bimbingan dan Kaunseling

PUSAT SUMBER
Pusat ilmu dan rujukan utama warga IPG KPT

KOLEJ KEDIAMAN PEREMPUAN
5 buah blok 4 tingkat yang menempatkan pelajar perempuan serta Pejabat Pentadbiran Asrama serta Kafeteria Seri Kantan.

KOLEJ KEDIAMAN LELAKI
4 buah blok 4 tingkat dan sebuah blok 5 tingkat yang menempatkan pelajar lelaki dan Kafeteria Seri Intan

DEWAN SERBAGUNA
Dewan ini digunakan dalam acara sukan serta formal institut. Ia juga menempatkan 2 gelanggang squash dan gimnasium IPG KPT.